Berita Berita
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri petang ini

KUALA LUMPUR 24 April - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir disertai angin kencang dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga pukul 7 petang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia, beberapa daerah di Kedah bakal terjejas termasuk Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Cuaca buruk yang sama turut diramal melanda seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang.
Di Kelantan, kawasan Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai dijangka terkesan manakala di Terengganu, amaran melibatkan daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Di negeri Perak, fenomena cuaca tersebut diramal melanda daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.
MetMalaysia turut menjangkakan keadaan yang sama di beberapa kawasan di Pahang, termasuk Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Di Johor pula, daerah seperti Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru turut dijangka mengalami cuaca buruk.
Di Malaysia Timur, amaran turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak meliputi Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi), serta Limbang. Manakala di Sabah, daerah Tawau termasuk Lahad Datu turut dijangka terjejas.
Sementara itu, MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan menjalankan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Kampung Nelayan Kuala Kurau, Perak, esok sebagai langkah kesiapsiagaan.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia. - Media Telus
Berita berkaitan
May 9, 2025, 10:51 pm
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun
May 9, 2025, 5:54 pm
Polis tahan pelatih gimnasium disyaki ugut wanita mahu simbah asid
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm