Berita Berita
600 kamera badan akan diedarkan kepada pegawai imigresen mulai 28 Mei

PUTRAJAYA 24 April - Sebanyak 600 unit kamera badan akan diedarkan kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan integriti agensi itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, inisiatif ini merupakan arahan langsung daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amat prihatin terhadap isu integriti dalam agensi penguat kuasa.
“Perdana Menteri begitu mengambil berat isu integriti sehingga beliau sendiri menghubungi Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, dan meminta agar pelaksanaan kamera badan dilaksanakan segera,” katanya.
Menurut Saifuddin, selepas dimaklumkan perkara tersebut, beliau terus mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman, untuk mempercepatkan proses perolehan kamera badan berkenaan.
“Kira-kira 600 unit kamera badan dijangka diterima selewat-lewatnya pada 28 Mei ini,” katanya ketika berucap sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya hari ini.
Langkah ini dilihat sebagai antara pendekatan berterusan kerajaan dalam mempertingkat tahap ketelusan dan akauntabiliti dalam kalangan pegawai penguat kuasa di lapangan, terutama dalam menangani sebarang salah laku yang boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam. - Media Telus
Berita berkaitan
May 9, 2025, 10:51 pm
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun
May 9, 2025, 5:54 pm
Polis tahan pelatih gimnasium disyaki ugut wanita mahu simbah asid
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm