Berita Berita
Menara Kuala Lumpur dibuka semula esok di bawah pengurusan baharu

KUALA LUMPUR 25 April – Selepas ditutup sementara sejak 17 April lalu bagi tujuan penambahbaikan dan penyusunan semula operasi, Menara Kuala Lumpur bakal dibuka semula kepada orang ramai bermula esok, jam 9 pagi.
Menurut kenyataan rasmi Kementerian Komunikasi, pembukaan semula mercu tanda ikonik ibu negara itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan para pekerja terjamin, di samping menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif kepada para pengunjung.
Menara Kuala Lumpur kini beroperasi di bawah pengurusan baharu iaitu syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM).
“Dengan kerjasama ini, kerajaan bertekad untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan secara berterusan, khususnya dari segi keselamatan dan keselesaan, demi pengalaman yang lebih baik buat pengunjung,” menurut kenyataan tersebut.
Pembukaan semula ini dijangka menarik semula kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa, sekaligus mengukuhkan peranan Menara Kuala Lumpur sebagai salah satu tarikan utama negara. - Media Telus
Berita berkaitan
May 9, 2025, 10:51 pm
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun
May 9, 2025, 5:54 pm
Polis tahan pelatih gimnasium disyaki ugut wanita mahu simbah asid
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm