Berita Berita
Guru hembus nafas terakhir selepas solat Isyak berjemaah

KUALA LUMPUR 25 April - Seorang guru menghembuskan nafas terakhirnya sejurus selepas menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Daerah Kerian, Parit Buntar malam tadi, dalam suasana yang penuh ketenangan dan keberkatan.
Allahyarham Mohd. Zubir Ehlam, guru di Sekolah Sukan Mutiara Impian yang menetap di Taman Harmoni, Parit Buntar, dilaporkan rebah secara tiba-tiba ketika melangkah keluar dari pintu utama masjid selepas selesai solat dan menghadiri tazkirah mengenai wakaf.
Seorang pengguna Facebook, Muhammad Radzi Arab, berkongsi detik menyentuh hati itu yang disaksikan sendiri olehnya. Menurut beliau, allahyarham masih dalam keadaan berwuduk ketika kejadian berlaku.
“Masya-Allah! Pemergian hamba Allah SWT selepas solat Isyak berjemaah dan selepas tazkirah wakaf. Malam Jumaat serta dalam keadaan berwuduk…,” tulisnya di media sosial.
Pemergian allahyarham yang berlaku pada malam Jumaat – hari yang dianggap penuh keberkatan dalam Islam – mengundang sebak dan rasa kagum dalam kalangan warga setempat serta netizen yang mengikuti kisah itu.
Menurut kenyataan Facebook Parit Buntar, jenazah Mohd. Zubir akan disolatkan di Masjid Hijau Kampung Kedah selepas solat Jumaat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Parit Haji Wahab.
Al-Fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. - Media Telus
Berita berkaitan
May 9, 2025, 10:51 pm
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun
May 9, 2025, 5:54 pm
Polis tahan pelatih gimnasium disyaki ugut wanita mahu simbah asid
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm