Berita Berita
Anak autisme ditemui meninggal dunia di tepi sungai selepas dilaporkan hilang

KUALA LUMPUR 25 April – Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang menghidap autisme dan dilaporkan hilang sejak Ahad lalu di Kampung Bahagia Dua, Tamparuli, Sabah, ditemui meninggal dunia di tepi sungai semalam.
Mangsa, Muhd Aniq Faiz Muhammad Ashraf, ditemui kira-kira jam 12.20 tengah hari oleh pasukan penyelamat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan kaedah water rafting di kawasan sungai yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohammad Nor Amit berkata, jasad Muhd Aniq Faiz ditemui tersangkut pada timbunan batang buluh yang terapung di tepi sungai.
“Mayat mangsa kemudian diangkat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi SAR yang digerakkan sejak Ahad lalu melibatkan beberapa agensi termasuk bomba, polis dan penduduk kampung, ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.15 tengah hari semalam.
Dalam kejadian awal, kehilangan Muhd Aniq Faiz hanya disedari sekitar jam 1.30 petang apabila ahli keluarganya mendapati dia tiada di dalam rumah. Usaha awal pencarian hanya menemukan anak patung milik mangsa di halaman rumah, sebelum laporan kehilangan dibuat kepada pihak berkuasa. - Media Telus
Berita berkaitan
May 9, 2025, 10:51 pm
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun
May 9, 2025, 5:54 pm
Polis tahan pelatih gimnasium disyaki ugut wanita mahu simbah asid
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm