Berita Jenayah
Sindiket pelacuran berselindung di sebalik spa tumpas, 10 remaja perempuan diselamatkan

KUALA LUMPUR 4 Mei – Kegiatan sindiket pelacuran yang mengeksploitasi remaja perempuan bawah umur terbongkar selepas Jabatan Imigresen menyerbu sebuah premis spa dan rumah urut di Johor Bahru, semalam.
Serbuan yang bermula pada jam 3.15 petang itu membawa kepada penahanan 71 individu, termasuk 37 wanita warga Vietnam dan 16 wanita Indonesia berusia antara 18 hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran.
Lebih membimbangkan, 10 remaja perempuan warga asing turut diselamatkan dalam operasi tersebut selepas disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks oleh sindiket yang berselindung di sebalik perniagaan sah.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata pihaknya percaya sindiket berkenaan menjalankan kegiatan pemerdagangan orang secara berskala besar.
"Semua 10 remaja perempuan warga Indonesia dan Vietnam yang diselamatkan dalam serbuan itu menjadi mangsa eksploitasi seks serta berkait penipuan pekerjaan.
"Malah mereka tidak dibayar gaji atau upah, dengan pergerakan dikawal serta pasport dipegang sindiket," katanya.
Tambahnya, sindiket dikesan menggunakan aplikasi media sosial seperti WeChat dan WhatsApp untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan tertentu dengan bayaran antara RM200 hingga RM300 sejam.
"Ketika serbuan semua wanita terbabit sedang leka melayan pelanggan terdiri warga tempatan dan pelancong asing.
"Turut ditahan, 11 lelaki warga Indonesia, Vietnam dan Bangladesh dipercayai pekerja pembersihan di premis berkenaan serta tujuh lelaki tempatan disyaki pemilik premis dan kapten yang menjaga wanita warga asing ini.
"Mereka sebahagian besar ditemui bersembunyi dalam sebuah bilik rahsia di premis itu yang dipercayai disediakan khusus bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Turut ditemui, wang tunai berjumlah RM128,464 dipercayai hasil kegiatan persundalan berkenaan," katanya.
Kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Mangsa kini ditempatkan di rumah perlindungan bagi proses siasatan lanjut, manakala tahanan lain dihantar ke Depot Tahanan Imigresen.
"Kita turut menyiasat 'kapten' yang menjaga wanita warga asing terbabit di bawah Seksyen 12 Akta Atipsom, Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Berita berkaitan
May 10, 2025, 10:54 am
(VIDEO) Selamba tunda motosikal curi jenis BMW di Kajang, polis buru dua suspek
May 9, 2025, 1:14 pm
Polis cari saksi kes pecah amanah O.G. Height Condo
May 9, 2025, 10:53 am
Polis buru 5 penyamun menyamar polis, pecah masuk rumah pesara di Semenyih
May 9, 2025, 9:30 am
Juruteknik didakwa liwat anak tiri perempuan berusia 9 tahun di balkoni rumah
May 8, 2025, 3:50 pm
(VIDEO) Polis percaya Datin Seri Pamela masih di Malaysia, tiada rekod keluar negara
May 8, 2025, 3:38 pm
Polis tumpaskan tiga sindiket dadah, rampasan bernilai lebih RM16 Juta
May 7, 2025, 2:35 pm
Dua lelaki didakwa edar 600kg dadah, berdepan hukuman gantung sampai mati
May 7, 2025, 10:48 am