Berita Jenayah
Dua lelaki didakwa edar 600kg dadah, berdepan hukuman gantung sampai mati

KUALA TERENGGANU 7 Mei – Dua lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan mengedar hampir 600 kilogram dadah jenis methamphetamine dan heroin.
Kedua-dua tertuduh, Nik Khairil Shahruzie Nik Roslan, 32, dan Mohd. Reduan Meor Hussin, 38, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli. Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bersama minimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat lebih 480 kilogram dan heroin melebihi 100 kilogram di tebing Sungai Setiu pada malam 23 April lalu.
Selain itu, Mohd. Reduan turut didakwa atas pertuduhan berasingan kerana memiliki lebih satu kilogram methamphetamine di Pulau Tok Bilal pada malam yang sama.
Kes ini turut melibatkan seorang lagi individu yang masih bebas. Ia dipercayai berkaitan dengan aktiviti sindiket dadah antarabangsa yang cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM25 juta ke Australia, seperti yang dilaporkan pihak berkuasa sebelum ini.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Berita berkaitan
May 10, 2025, 10:54 am
(VIDEO) Selamba tunda motosikal curi jenis BMW di Kajang, polis buru dua suspek
May 9, 2025, 1:14 pm
Polis cari saksi kes pecah amanah O.G. Height Condo
May 9, 2025, 10:53 am
Polis buru 5 penyamun menyamar polis, pecah masuk rumah pesara di Semenyih
May 9, 2025, 9:30 am
Juruteknik didakwa liwat anak tiri perempuan berusia 9 tahun di balkoni rumah
May 8, 2025, 3:50 pm
(VIDEO) Polis percaya Datin Seri Pamela masih di Malaysia, tiada rekod keluar negara
May 8, 2025, 3:38 pm
Polis tumpaskan tiga sindiket dadah, rampasan bernilai lebih RM16 Juta
May 7, 2025, 10:48 am