Berita Jenayah
(VIDEO) Selamba tunda motosikal curi jenis BMW di Kajang, polis buru dua suspek

KAJANG 10 Mei - Sebuah motosikal berkuasa tinggi dilaporkan hilang dalam kejadian yang berlaku di sebuah kawasan kediaman di sini pada 8 Mei lalu, dan rakaman CCTV mendedahkan modus operandi dua suspek yang terlibat.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan kejadian berkenaan selepas menerima laporan daripada mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun yang bekerja di syarikat swasta. Laporan dibuat kira-kira jam 8.23 malam pada hari kejadian.
"Menurut siasatan awal, insiden dipercayai berlaku sekitar jam 5.45 petang apabila dua lelaki tidak dikenali dikesan membawa keluar motosikal mangsa. Rakaman CCTV dari pondok pengawal keselamatan menunjukkan salah seorang suspek menunggang motosikal jenis Yamaha sambil menunda motosikal milik pengadu keluar dari kawasan bangunan rumahnya.
“Hasil semakan mendapati nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek adalah palsu. Pemilik asal nombor tersebut telah membuat laporan polis dan mengesahkan bahawa motosikalnya berada dalam simpanannya di Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan bermotor, yang membawa hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Polis kini giat mengesan suspek dan menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan. Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau terus kepada Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Siti Norhafizah binti Mat Yusoff di talian 011-54539190. - Media Telus
Berita berkaitan
May 9, 2025, 1:14 pm
Polis cari saksi kes pecah amanah O.G. Height Condo
May 9, 2025, 10:53 am
Polis buru 5 penyamun menyamar polis, pecah masuk rumah pesara di Semenyih
May 9, 2025, 9:30 am
Juruteknik didakwa liwat anak tiri perempuan berusia 9 tahun di balkoni rumah
May 8, 2025, 3:50 pm
(VIDEO) Polis percaya Datin Seri Pamela masih di Malaysia, tiada rekod keluar negara
May 8, 2025, 3:38 pm
Polis tumpaskan tiga sindiket dadah, rampasan bernilai lebih RM16 Juta
May 7, 2025, 2:35 pm
Dua lelaki didakwa edar 600kg dadah, berdepan hukuman gantung sampai mati
May 7, 2025, 10:48 am