Berita Jenayah
Polis cari saksi kes pecah amanah O.G. Height Condo

KUALA LUMPUR 9 Mei - Polis sedang mengesan seorang wanita yang dikenalpasti sebagai saksi penting bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan bangunan kediaman O.G. Height Condo di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, individu yang dicari adalah Loo Yuit Mei, 66, yang juga merupakan pengurus bangunan tersebut.
“Saksi beralamat di Kiara Residence 2, Jalan Jalil Perwira 1, Bukit Jalil, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan wanita berkenaan untuk tampil membantu siasatan dengan hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Inspektor Sivalingam Sillappan di talian 019-222 2414.
Dalam pada itu, Ku Mashariman turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini yang masih dalam siasatan pihak berkuasa. - Media Telus
Berita berkaitan
May 10, 2025, 10:54 am
(VIDEO) Selamba tunda motosikal curi jenis BMW di Kajang, polis buru dua suspek
May 9, 2025, 10:53 am
Polis buru 5 penyamun menyamar polis, pecah masuk rumah pesara di Semenyih
May 9, 2025, 9:30 am
Juruteknik didakwa liwat anak tiri perempuan berusia 9 tahun di balkoni rumah
May 8, 2025, 3:50 pm
(VIDEO) Polis percaya Datin Seri Pamela masih di Malaysia, tiada rekod keluar negara
May 8, 2025, 3:38 pm
Polis tumpaskan tiga sindiket dadah, rampasan bernilai lebih RM16 Juta
May 7, 2025, 2:35 pm
Dua lelaki didakwa edar 600kg dadah, berdepan hukuman gantung sampai mati
May 7, 2025, 10:48 am