TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Enam strategi negara hadapi impak tarif balas Amerika Syarikat – PM Anwar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 5 Mei – Kerajaan menggariskan enam strategi utama bagi mempertahankan kepentingan ekonomi negara dan menghadapi kesan tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sidang khas Parlimen hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, strategi pertama melibatkan penyelarasan dasar perdagangan menerusi Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) serta pemantauan petunjuk ekonomi utama seperti tempahan pembuatan, eksport, jualan runcit, pemberhentian pekerja dan pertumbuhan pinjaman.

“Strategi kedua ialah meneruskan rundingan penyelesaian tarif dengan AS, selain memperkukuh hubungan dagangan dan pelaburan dua hala,” ujarnya.

Beliau turut menggariskan strategi ketiga dan keempat, iaitu membantu pengeksport yang terjejas, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan menggalakkan penerokaan pasaran baharu serta kerjasama serantau.

Strategi kelima pula memberi tumpuan kepada pemercepatkan kelulusan dan pelaksanaan projek pembangunan serta pelaburan, manakala strategi keenam menekankan kesinambungan agenda reformasi Ekonomi MADANI dalam memperkukuh daya saing dan ketahanan ekonomi negara. - Media Telus

+ - reset