TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

12 Kenderaan terlibat kemalangan, 10 cedera ringan

By
|
Kongsi
image

BUKIT MERTAJAM 5 Mei - Seramai 10 individu mengalami kecederaan ringan dalam satu kemalangan membabitkan 12 buah kereta dan dua motosikal di Kilometer 11, Lebuhraya Butterworth–Kulim (BKE) arah Butterworth, pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu kira-kira jam 7.10 pagi.

“Siasatan awal mendapati sebuah Honda City membrek secara mengejut akibat kesesakan di hadapan, menyebabkan beberapa kenderaan di belakang tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran berangkai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, dua buah motosikal turut terlibat apabila seorang penunggang leka melihat kemalangan, lalu melanggar motosikal di hadapannya.

“Lapan pemandu kereta dan dua penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59). - Media Telus

+ - reset