Berita Hiburan
Ning Baizura dikecam sebab tanya 'siapa Rafah?'

KUALA LUMPUR 15 Mei - Selepas kontroversi nama artis tempatan disenaraikan dalam gerakan Blackout 2024, penyanyi Ning Baizura dikecam hebat apabila seolah-olah tidak mengetahui mengenai 'Rafah'.
Ning menerusi sesi langsung dalam Instagram membaca komen bertulis All eyes on Rafah (semua perhatian pada Rafah), lalu bertanya 'Siapa Rafah'?
Bagaimanapun, selepas tersedar akan kesilapannya itu, pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu segera menukar ke topik lain.
Gara-gara sikap tidak peka penyanyi itu dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin, penyanyi berusia 48 tahun itu menerima kecaman hebat oleh pengguna di platform X sebelum video berkenaan mula tular di medium media sosial lain.
Salah seorang netizen mengakui malu dengan sikap penyanyi itu.
"Malu dekat bangsa lain. Di luar negara ada yang sanggup berjuang lawan, bagi sokongan untuk Palestin, kau yang Islam Melayu macam ini?
"Tak tahulah nak cakap apa. Lantaklah, urban sangatkan," tulis seorang pengguna X yang kecewa.
Sementara itu, salah seorang pengguna pula mempersoalkan apa yang dilihat oleh penyanyi itu media sosial seperti TikTok sehingga langsung tidak ambil tahu keadaan semasa.
"Dia buka TikTok keluar apa je? Padahal FYP TikTok penuh pasal Palestin," kata seorang lagi pengguna.
Sehingga kini, video penyanyi itu sudah dikongsi lebih 5,000 kali.
Ning dilihat susah mengehadkan ruangan komen hantaran dalam Instagram selepas dihujani kecaman hebat. - Berita Harian
#NINGBAIZURA #PALESTIN #RAFAH #NETIZEN
Berita berkaitan
May 2, 2025, 12:16 pm
Eyka Farhana, Akhyar Rashid sah bergelar suami isteri
May 1, 2025, 10:23 am
Saiful Apek nafi ditahan polis, cuma ada selisih faham
April 7, 2025, 10:17 am
Pelakon veteran, Noor Azizah meninggal dunia
March 27, 2025, 11:29 am
"Mantera" – Filem seram berdasarkan ritual sebenar, pelakon dirasuk & kru ditarik ke gaung!
March 24, 2025, 3:01 pm
Tiada sefahaman, isteri Edika Yusof fail cerai selepas 22 tahun berkahwin
March 21, 2025, 11:27 am
Shila Amzah berbuka puasa bersama ibu, hubungan keluarga kembali pulih
March 19, 2025, 4:23 pm
Nora Ariffin fail perceraian, penuhi permintaan isteri pertama
March 19, 2025, 2:37 pm