TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Warga emas hilang lebih RM5 juta terjerat pelaburan tidak wujud di Facebook

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 Mei - Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian besar mencecah RM5.02 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud yang dipromosikan melalui media sosial.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan, mangsa berusia 72 tahun dan bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat. Mangsa tertarik dengan iklan pelaburan menggunakan nama “Philip Capital Management” ketika melayari Facebook pada Mac lalu.

Beliau berkata, mangsa kemudian menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp dan dimasukkan ke dalam kumpulan yang dinamakan ‘PCM Wealth Growth Exchange’. Suspek telah mengarahkan mangsa memuat turun satu aplikasi bernama ‘Mstrom’ dan mendaftar sebagai pelabur baharu.

“Mangsa membuat pembayaran secara berperingkat ke empat akaun bank berbeza sebagai sebahagian daripada pelaburan tersebut. Jumlah keseluruhan transaksi mencecah RM5.02 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Zaini menambah, mangsa mula menyedari ditipu apabila diminta membuat pelbagai bayaran tambahan seperti cukai kononnya bagi mendapatkan semula wang pelaburan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan iklan pelaburan yang tidak dapat disahkan kesahihannya, terutamanya di platform media sosial.

+ - reset