TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Malaysia komited terajui ekonomi digital global - Anwar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 Mei - Malaysia kini berada di landasan tepat untuk muncul sebagai peneraju dalam ekonomi digital global, didorong oleh kepimpinan yang mantap serta ekosistem teknologi yang semakin maju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Anwar menyatakan sokongan terhadap kerjasama berterusan antara pelbagai agensi utama termasuk Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Kementerian Digital, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam memastikan pembangunan teknologi berlaku secara progresif dan bertanggungjawab.

Dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan, Anwar turut memaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan penubuhan Majlis Penasihat Aset Digital dan Kecerdasan Buatan (AI), iaitu sebuah badan penasihat strategik yang akan berperanan penting dalam menjadikan Malaysia antara negara terkehadapan dalam teknologi digital global.

“Teknologi seperti aset digital dan AI kini menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi global serta penentu daya saing sesebuah negara,” katanya.

Menurut beliau, mesyuarat pertama Majlis Penasihat Aset Digital dan AI turut membincangkan potensi Malaysia sebagai pusat utama bagi teknologi blockchain dan aset digital, khususnya dalam sektor-sektor penting seperti perdagangan antarabangsa, industri halal dan kewangan Islam.

Beliau menambah bahawa tumpuan turut diberikan kepada penggunaan teknologi inovatif seperti tokenisasi, stablecoin, mata wang kripto, kecerdasan buatan, analitik data besar dan pengkomputeran awan bagi memperkukuh sistem kewangan digital negara.

“Penggunaan teknologi ini bukan sahaja dapat mempercepatkan proses transaksi dan meningkatkan ketelusan, malah ia juga dapat memperkukuh struktur pasaran serta memastikan pematuhan yang lebih baik,” ujarnya. 

+ - reset