TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Struktur haram di tapak Masjid Dengkil diroboh, penduduk harap projek diteruskan segera

By
|
Kongsi
image

SEPANG 9 Mei - Struktur haram yang didirikan di atas tanah yang diwartakan sebagai tapak Masjid Dengkil akhirnya dirobohkan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sepang bersama beberapa agensi kerajaan, semalam.

Operasi melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).

Menurut Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim, operasi meroboh berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Sebelum ini, penduduk setempat mendesak agar kawasan tersebut dipagar untuk mengelakkan pencerobohan, memandangkan tanah berkenaan telah digazetkan sejak tahun 2012 sebagai tapak masjid baharu bagi menggantikan masjid lama.

Difahamkan, peruntukan pembinaan masjid tersebut telahpun diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), namun sehingga kini pembinaan belum dimulakan.

Pada April lalu, JAIS mengeluarkan arahan agar kawasan itu dikosongkan dalam tempoh 30 hari, dengan amaran tindakan tegas sekiranya gagal dipatuhi.

Sementara itu, Ketua Kampung Dengkil, Al Rasyid Ab Rani, menyambut baik tindakan meroboh struktur haram dan berharap pembangunan masjid dapat dimulakan secepat mungkin.

 

+ - reset