Berita Berita
Dua wanita maut, 4 cedera dalam nahas babit empat kenderaan di Lebuhraya PLUS Kulai

KULAI 9 Mei - Dua wanita maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 34 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, lewat malam tadi.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Gee Yin Chin, 42, dan seorang lagi wanita dewasa yang masih belum dikenal pasti identitinya. Kedua-duanya menaiki Toyota Estima.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Mohd Firdaus Juritah, kemalangan itu melibatkan sebuah lori kontena, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) – Toyota Estima dan Mazda 5 – serta sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.35 malam. Tiada mangsa dilaporkan tersepit, namun dua daripada penumpang Estima meninggal dunia di tempat kejadian.
Tiga penumpang lain dalam Estima mengalami kecederaan, termasuk pemandu lori kontena yang turut dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, kesemua 11 penumpang dari kenderaan lain termasuk enam kanak-kanak dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Berita berkaitan
May 9, 2025, 5:54 pm
Polis tahan pelatih gimnasium disyaki ugut wanita mahu simbah asid
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm
Pindah pekerja asing merentasi sektor hanya libatkan sektor formal - Steven Sim
May 9, 2025, 1:05 pm