Berita Berita
Anwar ucap tahniah atas pelantikan Paus Leo XIV sebagai Ketua Gereja Katolik baharu

KUALA LUMPUR 9 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada komuniti Katolik susulan pelantikan Paus Leo XIV sebagai Ketua Gereja Katolik yang baharu.
Dalam satu hantaran di Facebook, beliau menyifatkan pelantikan itu sebagai satu permulaan baharu yang membawa harapan kepada penganut Katolik di seluruh dunia.
“Saya merakamkan ucapan tahniah yang tulus ikhlas kepada penganut Katolik di seluruh dunia, khususnya di Malaysia, atas pemilihan Paus Leo XIV. Peristiwa ini menandakan satu permulaan baharu buat komuniti Katolik global dan saya yakin ia akan menjadi sumber inspirasi dan semangat yang diperbaharui,” katanya.
Anwar turut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan baik dengan Holy See berdasarkan rasa hormat, dialog yang membina dan usaha bersama ke arah keamanan dan maruah insan.
Paus Leo XIV, 70, dipilih menggantikan mendiang Paus Francis yang meninggal dunia pada 21 April lalu akibat strok dan kegagalan jantung.
Berita berkaitan
May 9, 2025, 5:54 pm
Polis tahan pelatih gimnasium disyaki ugut wanita mahu simbah asid
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm
Pindah pekerja asing merentasi sektor hanya libatkan sektor formal - Steven Sim
May 9, 2025, 1:05 pm