Berita Berita
Pengasuh didakwa dera bayi 5 bulan di taska kuaters Hospital Kluang

KLUANG 9 Mei – Seorang pengasuh taska berusia 20 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera seorang bayi berusia lima bulan pada awal April lalu.
Tertuduh, Amirah Hajirah Mohd Farid, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.
Menurut pertuduhan, Amirah didakwa mendedahkan bayi terbabit kepada situasi yang berkemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal, dalam kejadian yang berlaku di sebuah taska di kuarters Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang, antara jam 8.30 malam pada 8 April dan 7 pagi keesokan harinya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ramizah Razli mencadangkan jaminan RM15,000
Bagaimanapun, peguam tertuduh, Norliana Hashim memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM5,000 atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada sokongan keluarga selepas kejadian.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan syarat tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Hakim menetapkan 13 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Berita berkaitan
May 9, 2025, 10:51 pm
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun
May 9, 2025, 5:54 pm
Polis tahan pelatih gimnasium disyaki ugut wanita mahu simbah asid
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm