Berita Berita
16 buruh paksa termasuk remaja 14 tahun diselamatkan dalam serbuan sekitar Lembah Klang

KUALA LUMPUR 9 Mei - Seramai 16 individu yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa dalam pelbagai sektor pekerjaan diselamatkan polis menerusi Op Pintas Mega yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang pada Khamis.
Operasi bersepadu itu dilaksanakan oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Mapo), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan dilakukan di empat lokasi iaitu sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri, Rawang; dua bengkel kereta di Puchong Utama; dan sebuah tapak pembinaan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
“Seramai 16 lelaki berusia antara 14 hingga 51 tahun diselamatkan, terdiri daripada tujuh warga Myanmar, tujuh warga Bangladesh, seorang warga Indonesia dan seorang warga tempatan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata, pihak polis turut menahan enam lelaki terdiri daripada warga tempatan, Bangladesh dan India yang dipercayai merupakan majikan serta penyelia untuk siasatan di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 14 Akta Atipsom 2007.
Dalam operasi sama, sebanyak 39 individu warga asing berusia antara 22 hingga 50 tahun turut ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Soffian menegaskan, fokus utama operasi tersebut adalah untuk mengenal pasti mangsa eksploitasi buruh paksa dengan berpandukan kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators 2.0.
Berita berkaitan
May 9, 2025, 5:54 pm
Polis tahan pelatih gimnasium disyaki ugut wanita mahu simbah asid
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm
Pindah pekerja asing merentasi sektor hanya libatkan sektor formal - Steven Sim
May 9, 2025, 1:05 pm