Berita Ekonomi
Harga beras putih import diselaras kepada RM2,600 per metrik tan bermula hari ini
KUALA LUMPUR 15 Mei - Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menyelaraskan harga beras putih import (BPI) kepada RM2,600 per metrik tan di semua pintu gudang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bermula hari ini.
Dalam kenyataan rasmi, BERNAS memaklumkan bahawa program subsidi BPI di Sabah dan Sarawak akan diteruskan seperti biasa.
Langkah ini diambil sebagai komitmen BERNAS untuk menyokong usaha kerajaan dalam menjamin bekalan makanan negara dan mengurangkan impak kenaikan harga global.
“Pelarasan ini membolehkan pengguna memperoleh beras import pada harga lebih rendah dan membantu mengurangkan kos sara hidup,” jelas kenyataan itu.
Ini merupakan pelarasan harga kali kedua selepas kadar diturunkan daripada RM3,000 kepada RM2,800 per metrik tan pada 1 Disember 2024.
Menurut BERNAS, Malaysia kini menawarkan harga BPI terendah di Asia Tenggara dan bekalan beras negara adalah mencukupi, hasil import dari negara seperti Vietnam, Thailand dan Myanmar. Pendekatan kepelbagaian sumber ini juga penting bagi melindungi stok penimbal negara.
Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menyifatkan keputusan ini sebagai hasil libat urus antara kerajaan dan BERNAS yang mengambil kira perkembangan pasaran global serta keperluan menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan negara. - Media Telus
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
