Berita Politik
Saya tak pernah draf surat letak jawatan - Rafizi
KUALA LUMPUR 23 Mei - Datuk Seri Rafizi Ramli menafikan dakwaan bahawa beliau bercadang untuk meletak jawatan atau enggan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.
“Saya tidak pernah draf surat peletakan jawatan atau berkemas untuk mengosongkan pejabat. Pejabat saya masih bersepah dengan fail-fail,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Rafizi, yang juga Menteri Ekonomi, menyangkal kenyataan pencabarnya, Nurul Izzah Anwar, yang mendakwa beliau mengambil cuti, mengosongkan pejabat dan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut.
Beliau turut mendedahkan bahawa Nurul Izzah telah merayu sokongan daripadanya dalam satu pertemuan pada 20 Mei lalu di kediaman Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, susulan kebimbangan terhadap kepimpinan baharu parti.
Rafizi menegaskan beliau tidak akan berkompromi dengan kumpulan yang menurutnya tidak selari dengan prinsip reformasi PKR.
“Saya diketahui tidak selesa dengan beberapa kumpulan dalam parti yang lebih ghairah mengejar jawatan dan berpolitik berasaskan wang,” tegasnya.
Semalam, Nurul Izzah menyatakan bahawa pencalonannya adalah atas kebimbangan berlakunya kekosongan jawatan Timbalan Presiden selepas mendengar khabar angin mengenai surat peletakan jawatan Rafizi. — Media Telus
Berita berkaitan
December 8, 2025, 5:28 pm
MCA kekal bersama BN
December 1, 2025, 10:55 am
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
November 30, 2025, 12:31 pm
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
November 30, 2025, 10:57 am
PRN Sabah: Lamag hampir bertukar wakil rakyat, Bung menang tipis dengan calon bebas
November 30, 2025, 10:11 am
PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri bersama GRS
November 30, 2025, 8:18 am
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
November 30, 2025, 12:14 am
BN sedia kerjasama dengan parti lain bentuk Kerajaan Negeri Sabah baharu - Ahmad Zahid
November 29, 2025, 10:42 pm
PH cukup kerusi bentuk kerajaan Sabah bersama GRS
November 29, 2025, 8:50 pm
PRN Sabah: DAP tewas di semua lapan kubu kuat
November 25, 2025, 12:54 pm
