Berita Politik
PRN: BN bukan parti Luar, 34 tahun bertapak, tabur jasa di Sabah - Ahmad Maslan
PUTATAN 25 Nov - Barisan Nasional (BN) menolak dakwaan yang melabelkan gabungan itu sebagai parti luar, dengan menegaskan rekod lebih tiga dekad berkhidmat di Sabah membuktikan kedudukannya sebagai sebahagian daripada komuniti politik tempatan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, dakwaan kononnya BN dan UMNO adalah parti Malaya tidak berasas, terutama apabila dibandingkan dengan parti-parti lain yang jauh lebih baharu di negeri itu.
“Ada disebut BN ini parti Malaya. Saya nak sebut GRS (Gabungan Rakyat Sabah) baru tiga empat tahun, Warisan baru lima, enam tahun.
“BN, UMNO khasnya sudah 34 tahun, takkan lima enam tahun itu dianggap parti lokal dan 34 tahun yang sudah lama duduk di sini dianggap parti luar, tak betul.
“Yang duduk 34 tahun ini sudah jadi ahli komuniti di tempat itu, dibandingkan dengan orang yang duduk di sebuah taman lima enam tahun,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini, semalam.
Terdahulu, Ahmad menemani calon BN N24 Tanjung Keramat, Jeffery Nor Mohamed berkempen dari rumah ke rumah di sekitar Taman Jumbo.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menegaskan bahawa UMNO dan BN bukan sahaja parti lokal, tetapi juga nasional yang telah membentuk kerajaan di Sabah sejak puluhan tahun.
“Jadi tuduhan BN dan UMNO parti luar adalah tidak betul, kami adalah parti lokal dan nasional kita lokal dan nasional, mempunyai pengalaman dan jasa yang banyak,” katanya lagi.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 10:05 am
BERSAMA bukan parti 'orang merajuk', 75% ahli tiada kaitan dengan PKR — Rafizi
June 12, 2026, 9:50 am
Bukan sekadar tulang belakang, Wanita UMNO perlu jadi wajah dan suara parti
June 12, 2026, 9:41 am
Tiada keperluan mesyuarat, Pemuda PH-BN tak pernah bersua sejak 2022
June 9, 2026, 3:06 pm
Isu Pas-Bersatu: Tun Faisal bidas Ahmad Fadhli, Afnan Hamimi; selar sikap hipokrit
June 8, 2026, 11:55 pm
PAS putus kerjasama politik dengan BERSATU berkuat kuasa serta-merta
June 8, 2026, 12:23 pm
400 pegawai kanan kerajaan sertai Bersama, umum tanding PRN Melaka Ogos ini - Rafizi
June 8, 2026, 12:00 pm
Onn Hafiz tegas BN Johor bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan DAP
June 7, 2026, 11:58 pm
