Berita Politik
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
KUALA LUMPUR 30 Nov - Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor hari ini selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah bagi penggal kedua, selepas GRS muncul gabungan dengan kemenangan tertinggi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam.
Istiadat angkat sumpah itu berlangsung di Istana Seri Kinabalu awal pagi ini di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman.
Keputusan rasmi PRN Sabah menunjukkan GRS memperoleh 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan negeri.
Parti Warisan Sabah (Warisan) pula memenangi 25 kerusi DUN, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan enam kerusi, manakala calon Bebas meraih lima kerusi.
Sementara itu, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mencatat kemenangan di tiga kerusi, diikuti Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) dengan dua kerusi, manakala Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) satu kerusi.
Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing memenangi satu kerusi DUN.
Kemenangan GRS ini sekali gus mengesahkan kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri selepas gabungan itu memperoleh mandat majoriti dalam persaingan sengit PRN Sabah.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 10:05 am
BERSAMA bukan parti 'orang merajuk', 75% ahli tiada kaitan dengan PKR — Rafizi
June 12, 2026, 9:50 am
Bukan sekadar tulang belakang, Wanita UMNO perlu jadi wajah dan suara parti
June 12, 2026, 9:41 am
Tiada keperluan mesyuarat, Pemuda PH-BN tak pernah bersua sejak 2022
June 9, 2026, 3:06 pm
Isu Pas-Bersatu: Tun Faisal bidas Ahmad Fadhli, Afnan Hamimi; selar sikap hipokrit
June 8, 2026, 11:55 pm
PAS putus kerjasama politik dengan BERSATU berkuat kuasa serta-merta
June 8, 2026, 12:23 pm
400 pegawai kanan kerajaan sertai Bersama, umum tanding PRN Melaka Ogos ini - Rafizi
June 8, 2026, 12:00 pm
Onn Hafiz tegas BN Johor bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan DAP
June 7, 2026, 11:58 pm
