Berita Politik
Penyokong Rafizi tidak akan keluar parti – Aminuddin
NILAI 26 Mei - Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun yakin penyokong Datuk Seri Rafizi Ramli tidak akan meninggalkan parti walaupun kecewa dengan kekalahan Rafizi dalam pemilihan Timbalan Presiden baru-baru ini.
Menurut beliau, penyokong Rafizi hanya memerlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum bangkit semula bersama PKR.
“Saya percaya mereka akan terus bersama parti, mungkin akan beri fokus kepada strategi di peringkat ranting dan cabang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Takraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan 2025.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan tewas kepada Nurul Izzah Anwar yang meraih 9,803 undi berbanding 3,866 undi diperolehnya.
Aminuddin, yang mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan itu, turut menegaskan bahawa kepimpinan parti perlu mengambil serius segala pandangan dan kritikan yang dilontarkan, khususnya di media sosial.
“Kita tidak boleh ambil mudah pandangan rakyat. Kita perlu rangka strategi, beri penerangan dan bekerja lebih kuat menjelang pilihan raya akan datang,” katanya lagi. — Media Telus
Berita berkaitan
December 8, 2025, 5:28 pm
MCA kekal bersama BN
December 1, 2025, 10:55 am
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
November 30, 2025, 12:31 pm
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
November 30, 2025, 10:57 am
PRN Sabah: Lamag hampir bertukar wakil rakyat, Bung menang tipis dengan calon bebas
November 30, 2025, 10:11 am
PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri bersama GRS
November 30, 2025, 8:18 am
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
November 30, 2025, 12:14 am
BN sedia kerjasama dengan parti lain bentuk Kerajaan Negeri Sabah baharu - Ahmad Zahid
November 29, 2025, 10:42 pm
PH cukup kerusi bentuk kerajaan Sabah bersama GRS
November 29, 2025, 8:50 pm
PRN Sabah: DAP tewas di semua lapan kubu kuat
November 25, 2025, 12:54 pm
