Berita Jenayah
Tujuh laporan polis diterima kes jemaah terkandas di KLIA
KUALA LUMPUR 4 Jun – Polis menerima tujuh laporan berhubung insiden jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini, sebanyak tujuh laporan polis telah diterima mengenai kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan ringkas pada Rabu.
Media sebelum ini melaporkan kira-kira 80 jemaah yang dijadualkan menunaikan ibadah haji terpaksa membatalkan perjalanan mereka selepas ditahan di KLIA oleh pasukan petugas khas (task force).
Difahamkan, penahanan itu dibuat susulan jemaah terbabit menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah haji.
Menurut Penasihat Undang-Undang dan aktivis Mind Pro Management, Ena Ewil, hasil siasatan awal mendapati jemaah berkenaan telah dijanjikan visa mujamalah, namun akhirnya hanya diberikan visa pelancong. – Media Telus
Berita berkaitan
November 28, 2025, 8:04 pm
Lelaki ceroboh tandas wanita untuk merakam video ditangkap selepas seminggu diburu
November 28, 2025, 4:22 pm
57 'scammer' di tahan, polis tumpas 8 sindiket penipuan dalam talian di Kuala Lumpur
November 24, 2025, 12:25 pm
Tiga penyamun ‘Geng DT’ ditembak mati polis selepas menyerang anggota
November 20, 2025, 7:28 am
Penjawat awam ditangkap selepas rakam wanita secara curi di Pekan Sehari Temerloh
November 19, 2025, 2:35 pm
Taktik tiga lelaki warga Jepun seludup kokain bernilai RM2.4 juta terbongkar di KLIA
November 11, 2025, 3:11 pm
Empat lelaki ditahan akibat bergaduh, rosakkan kereta dengan batang ekzos
November 11, 2025, 12:46 pm
Lelaki mati ditembak di stesen minyak Klang dikehendaki bawah SOSMA
November 5, 2025, 12:38 pm
Siram air panas, cucuh pemetik api pada kaki anak 9 tahun gara-gara hilangkan pensil warna
November 4, 2025, 3:46 pm
Wanita warga emas disamun dua lelaki di Kota Bharu, rugi RM50
November 3, 2025, 4:59 pm
