Berita Jenayah
Wanita warga emas disamun dua lelaki di Kota Bharu, rugi RM50
KOTA BHARU 4 Nov - Seorang wanita warga emas berusia 69 tahun kerugian RM50 selepas disamun dua lelaki sebaik sahaja membeli ikan di sebuah premis di Nilam Puri di sini pada Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff berkata, wang tersebut berada di dalam beg duit mangsa ketika diragut kedua-dua suspek.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa baru selesai membeli ikan dan sedang berjalan untuk melintas jalan kira-kira pukul 8.15 pagi.
“Dua lelaki menaiki motosikal Honda EX5 menghampiri mangsa sebelum pembonceng turun dan menarik beg duit daripada tangannya.
“Mangsa cuba mendapatkan semula beg duit itu namun terjatuh di tepi jalan sebelum kedua-dua suspek melarikan diri. Kejadian menyebabkan mangsa kerugian RM50,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki yang merupakan pemilik motosikal digunakan dalam kejadian itu.
“Hasil soal siasat terhadap lelaki tersebut membawa kepada penahanan dua lagi suspek yang dipercayai terbabit.
“Ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek berusia 20 hingga 30-an positif methamphetamine. Sebuah motosikal Honda EX5 yang digunakan semasa kejadian turut dirampas,” katanya.
Ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
