Berita Jenayah
Lelaki mati ditembak di stesen minyak Klang dikehendaki bawah SOSMA
SHAH ALAM 11 Nov – Polis mengesahkan lelaki yang ditembak mati di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang pada Jumaat lalu mempunyai rekod jenayah termasuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, lelaki berusia 34 tahun itu turut disenaraikan sebagai individu dikehendaki berkaitan kes di bawah akta berkenaan.
“Mangsa mempunyai pelbagai rekod jenayah sebelum ini dan SOSMA adalah antaranya. Setakat semakan rekod, mangsa memang dikehendaki bersabit SOSMA,” katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Beliau berkata, siasatan masih berjalan dan pihaknya sedang meneliti semua kemungkinan mengenai motif serangan.
“Siasatan menjurus kepada pelbagai aspek memandangkan latar belakang mangsa. Jadi kita tidak boleh merumuskan ia berkait dengan satu aspek sahaja seperti kongsi gelap.
“Kita juga sedang menyiasat sama ada mangsa terlibat dengan mana-mana kumpulan haram atau gengster,” katanya.
Menurut Shazeli, setakat ini tujuh keterangan telah diambil melibatkan isteri, ahli keluarga serta saksi kejadian.
“Punca kematian adalah akibat beberapa das tembakan pada bahagian dada dan perut. Jasad mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian pada 9 November lalu,” katanya.
Sebelum ini Kosmo! melaporkan mangsa yang mempunyai beberapa rekod jenayah itu ditembak oleh seorang penyerang menaiki motosikal dalam kejadian pada jam 11.13 malam, 7 November lalu.
Mangsa difahamkan mempunyai lapan rekod jenayah selain dikehendaki di bawah SOSMA.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
