Berita Politik
Kedudukan Tengku Zafrul tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
PUTRAJAYA, 5 Jun – Mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini tidak membincangkan sebarang isu berkaitan kedudukan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri susulan keputusannya meninggalkan UMNO.
Perkara itu disahkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang media di kementeriannya petang tadi.
“Tidak berbangkit dalam Kabinet,” jawabnya ringkas ketika ditanya sama ada tuntutan UMNO untuk mendapatkan semula kerusi menteri berkenaan ada dibincangkan dalam mesyuarat mingguan Jemaah Menteri.
Sebelum ini, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada UMNO serta menyatakan hasrat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Langkah itu mencetuskan kritikan dalam kalangan pimpinan UMNO, termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menuntut agar jawatan menteri yang disandang Tengku Zafrul dipulangkan semula kepada parti itu.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri atau PKR mengenai permohonan penyertaan Tengku Zafrul ke dalam parti berkenaan.
Berita berkaitan
December 8, 2025, 5:28 pm
MCA kekal bersama BN
December 1, 2025, 10:55 am
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
November 30, 2025, 12:31 pm
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
November 30, 2025, 10:57 am
PRN Sabah: Lamag hampir bertukar wakil rakyat, Bung menang tipis dengan calon bebas
November 30, 2025, 10:11 am
PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri bersama GRS
November 30, 2025, 8:18 am
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
November 30, 2025, 12:14 am
BN sedia kerjasama dengan parti lain bentuk Kerajaan Negeri Sabah baharu - Ahmad Zahid
November 29, 2025, 10:42 pm
PH cukup kerusi bentuk kerajaan Sabah bersama GRS
November 29, 2025, 8:50 pm
PRN Sabah: DAP tewas di semua lapan kubu kuat
November 25, 2025, 12:54 pm
