Berita Politik
Tindakan Tengku Zafrul keluar UMNO lebih baik daripada Annuar Musa jadi duri dalam daging dahulu - Puad
KUALA LUMPUR, 6 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz keluar daripada UMNO secara terbuka lebih terhormat berbanding sikap bekas Setiausaha Agung parti itu, Tan Sri Annuar Musa.
Menurut beliau, Zafrul membuat keputusan jelas dengan meninggalkan parti, berbanding Annuar yang didakwa memilih kekal dalam UMNO sebelum ini dengan niat tertentu.
“Zafrul lagi baik daripada Annuar. Zafrul keluar parti. Annuar pula tidak mahu keluar. Annuar mahu jadi duri dalam daging. Dia mahu tikam UMNO dari dalam. Jadi ejen Bersatu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Kenyataan itu sebagai reaksi kepada dakwaan Annuar sebelum ini bahawa tindakan Zafrul keluar parti merupakan satu perancangan kepimpinan UMNO sendiri, susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak menunjukkan kemarahan terhadap Zafrul.
Puad turut menyokong pendirian Zahid bahawa ahli yang tidak setia wajar meninggalkan parti.
“Seperti kata Zahid, eloklah keluar kalau tiada kesetiaan dalam parti. Akar umbi juga tidak marah. Akar umbi akan marah kalau dia tidak keluar atau dipecat,” katanya.
Tambah beliau, pemecatan Annuar daripada UMNO sebelum ini disambut baik oleh akar umbi, dan mendakwa Annuar kemudiannya menyertai PAS meskipun pernah mengkritik parti itu.
“Annuar yang marah bila dipecat sampai masuk PAS. Jilat balik apa dia cerca pasal PAS,” katanya.
Berita berkaitan
December 8, 2025, 5:28 pm
MCA kekal bersama BN
December 1, 2025, 10:55 am
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
November 30, 2025, 12:31 pm
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
November 30, 2025, 10:57 am
PRN Sabah: Lamag hampir bertukar wakil rakyat, Bung menang tipis dengan calon bebas
November 30, 2025, 10:11 am
PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri bersama GRS
November 30, 2025, 8:18 am
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
November 30, 2025, 12:14 am
BN sedia kerjasama dengan parti lain bentuk Kerajaan Negeri Sabah baharu - Ahmad Zahid
November 29, 2025, 10:42 pm
PH cukup kerusi bentuk kerajaan Sabah bersama GRS
November 29, 2025, 8:50 pm
PRN Sabah: DAP tewas di semua lapan kubu kuat
November 25, 2025, 12:54 pm
