Berita Politik
UMNO Selangor tekad kembali dominan dalam PRU16
SHAH ALAM 11 Jun - UMNO Selangor menyuarakan iltizam untuk bangkit semula sebagai parti dominan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), dengan memastikan kelangsungan Kerajaan Perpaduan sehingga tempoh itu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata UMNO tidak boleh lagi sekadar dilihat sebagai pelengkap dalam kerajaan, sebaliknya perlu menonjol sebagai tunjang utama yang dihormati dan diyakini rakyat.
"Ini adalah pesanan jelas daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Setiap ahli parti perlu memahami aspirasi ini – kita mesti kembali dominan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Sayap-Sayap UMNO Selangor 2025, yang dihadiri 1,248 perwakilan, malam tadi.
Megat Zulkarnain menegaskan bahawa matlamat untuk mengukuhkan kedudukan UMNO di Selangor tidak akan menggugat komitmen parti terhadap Kerajaan Perpaduan, kerana setiap komponen dalam kerajaan hari ini mempunyai visi dan hala tuju masing-masing.
Menurut beliau, pelbagai perancangan sedang giat dijalankan di peringkat pengurusan parti negeri sebagai persiapan awal menjelang PRU akan datang.
"Kita sudah mula masuk 'gear' dua tahun lebih awal. Apa yang berlaku hari ini dan beberapa bulan kebelakangan ini adalah sebahagian daripada strategi untuk kebangkitan UMNO Selangor," katanya.
Tambahnya, UMNO Selangor juga akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, bagi merangka pendekatan yang selari menjelang PRU16.
"Hubungan ini penting. Kita akan terus berbincang dari semasa ke semasa dan apabila tiba masa pilihan raya nanti, kita akan pastikan penyelarasan terbaik demi kestabilan dan kekuatan gabungan."
UMNO Selangor kini dilihat lebih bersedia dan berani mengatur langkah selepas mengalami kekalahan besar dalam beberapa PRU lalu, termasuk kehilangan Selangor sejak 2008. Fokus kini adalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat, khususnya di negeri paling maju di Malaysia itu.
Berita berkaitan
December 8, 2025, 5:28 pm
MCA kekal bersama BN
December 1, 2025, 10:55 am
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
November 30, 2025, 12:31 pm
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
November 30, 2025, 10:57 am
PRN Sabah: Lamag hampir bertukar wakil rakyat, Bung menang tipis dengan calon bebas
November 30, 2025, 10:11 am
PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri bersama GRS
November 30, 2025, 8:18 am
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
November 30, 2025, 12:14 am
BN sedia kerjasama dengan parti lain bentuk Kerajaan Negeri Sabah baharu - Ahmad Zahid
November 29, 2025, 10:42 pm
PH cukup kerusi bentuk kerajaan Sabah bersama GRS
November 29, 2025, 8:50 pm
PRN Sabah: DAP tewas di semua lapan kubu kuat
November 25, 2025, 12:54 pm
