Berita Politik
Ahmad Samsuri umum undur diri sebagai YDP PAS Marang
MARANG, 15 Jun – Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan pengunduran dirinya sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Marang.
Pengumuman itu dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang kali ke-41 yang berlangsung di Rusila, semalam.
Menurut Ahmad Samsuri, keputusan tersebut diambil bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu untuk meneruskan perjuangan parti.
"Saya undur kerana yakin sudah tiba masanya untuk individu lain menyambung perjuangan. Kepimpinan ini bukan milik individu, ia milik jemaah," katanya seperti dilaporkan portal rasmi kerajaan negeri pada Ahad.
Susulan pengunduran itu, Timbalan YDP PAS Marang, Datuk Mohd Nor Hamzah diumumkan sebagai pengganti beliau selepas memenangi jawatan YDP tanpa bertanding.
Sementara itu, Datuk Ariffin Deraman dilantik sebagai Timbalan YDP yang baharu, manakala Wan Zuki Wan Ismail pula memegang jawatan Naib YDP.
Kedua-dua mereka turut diumumkan menang tanpa bertanding.
Berita berkaitan
December 8, 2025, 5:28 pm
MCA kekal bersama BN
December 1, 2025, 10:55 am
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
November 30, 2025, 12:31 pm
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
November 30, 2025, 10:57 am
PRN Sabah: Lamag hampir bertukar wakil rakyat, Bung menang tipis dengan calon bebas
November 30, 2025, 10:11 am
PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri bersama GRS
November 30, 2025, 8:18 am
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
November 30, 2025, 12:14 am
BN sedia kerjasama dengan parti lain bentuk Kerajaan Negeri Sabah baharu - Ahmad Zahid
November 29, 2025, 10:42 pm
PH cukup kerusi bentuk kerajaan Sabah bersama GRS
November 29, 2025, 8:50 pm
PRN Sabah: DAP tewas di semua lapan kubu kuat
November 25, 2025, 12:54 pm
