Berita Politik
BN nafi berlaku perselisihan pusat-negeri hadapi PRN Sabah
BANGI 19 Jun – Barisan Nasional (BN) menafikan wujudnya perselisihan faham antara kepimpinan di peringkat pusat dan negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal berlangsung.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada perbezaan prinsip antara kepimpinan pusat dengan negeri, sebaliknya hanya terdapat usaha penyelarasan sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi pilihan raya itu.
“Sebenarnya, kita sedang lakukan penyelarasan dan saya semak kenyataan yang tular itu, ada yang diambil di luar konteks.
“Tidak ada perbezaan prinsip antara pendirian negeri, khususnya UMNO dan BN dengan pusat kerana kami sering mengadakan rundingan dan perbincangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Pendidik Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) peringkat kebangsaan 2025 di Institut Kemajuan Desa (INFRA), di sini, hari ini.
Beliau mengulas dakwaan kononnya berlaku percanggahan keputusan antara kepimpinan BN pusat dan negeri, khususnya dalam soal kerjasama politik bagi menghadapi PRN Sabah.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menjelaskan, Pakatan Harapan (PH) tidak perlu menjadi ‘jambatan penghubung’ antara BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam soal kerjasama.
“Kita telah membuat ketetapan antara BN dan PH dalam satu kesepakatan. Dalam kesepakatan itu, kita juga buka pintu kepada parti-parti gabungan lain.
“Perkara ini sedang berada dalam saluran yang betul dan saya tidak fikir kita perlukan jambatan atau saluran lain. Insya-Allah, kita sedang mengadakan rundingan yang lebih luas daripada GRS,” katanya. – Media Telus.
Berita berkaitan
December 8, 2025, 5:28 pm
MCA kekal bersama BN
December 1, 2025, 10:55 am
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
November 30, 2025, 12:31 pm
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
November 30, 2025, 10:57 am
PRN Sabah: Lamag hampir bertukar wakil rakyat, Bung menang tipis dengan calon bebas
November 30, 2025, 10:11 am
PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri bersama GRS
November 30, 2025, 8:18 am
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
November 30, 2025, 12:14 am
BN sedia kerjasama dengan parti lain bentuk Kerajaan Negeri Sabah baharu - Ahmad Zahid
November 29, 2025, 10:42 pm
PH cukup kerusi bentuk kerajaan Sabah bersama GRS
November 29, 2025, 8:50 pm
PRN Sabah: DAP tewas di semua lapan kubu kuat
November 25, 2025, 12:54 pm
