Berita Politik
Rahmad Mega sertai parti Amanah
KUALA LUMPUR 20 Jun – Vokalis kumpulan rock terkenal Mega, Rahmad Tohak atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega sah menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dalam satu majlis malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil yang menyatakan bahawa penyertaan Rahmad dibuat atas dasar keyakinan terhadap Amanah sebagai sebuah parti yang bersih daripada kontroversi besar.
“Alhamdulillah, malam tadi sah saudara Rahmad Tohak menyertai Amanah. Beliau tertarik dengan parti Amanah yang masih suci daripada sebarang isu besar dengan pendekatan rahmat untuk semua,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.
Sesi penyerahan borang keahlian oleh penyanyi yang popular dengan lagu Bayangan Gurauan itu turut dihadiri Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.
“Selamat datang Mad ke dalam keluarga besar Amanah,” ujar Muhammad Faiz. – Media Telus
Berita berkaitan
December 8, 2025, 5:28 pm
MCA kekal bersama BN
December 1, 2025, 10:55 am
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
November 30, 2025, 12:31 pm
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
November 30, 2025, 10:57 am
PRN Sabah: Lamag hampir bertukar wakil rakyat, Bung menang tipis dengan calon bebas
November 30, 2025, 10:11 am
PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri bersama GRS
November 30, 2025, 8:18 am
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
November 30, 2025, 12:14 am
BN sedia kerjasama dengan parti lain bentuk Kerajaan Negeri Sabah baharu - Ahmad Zahid
November 29, 2025, 10:42 pm
PH cukup kerusi bentuk kerajaan Sabah bersama GRS
November 29, 2025, 8:50 pm
PRN Sabah: DAP tewas di semua lapan kubu kuat
November 25, 2025, 12:54 pm
