Berita Politik
Bersatu tak boleh pergi jauh tanpa PAS - Muhyiddin
KUALA LUMPUR 27 Jun – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan bahawa parti itu tidak boleh bergerak secara bersendirian dalam menghadapi cabaran politik semasa, sebaliknya perlu memperkukuh kerjasama bersama rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN).
Dalam satu program audio siar yang disiarkan malam tadi, beliau berkata pengalaman lalu jelas menunjukkan kekuatan sesebuah gabungan lebih memberi kesan berbanding bergerak secara solo, khususnya dalam pilihan raya.
“Sudah ada bukti kalau kita nak pergi secara bersendirian, saya fikir kita tidak boleh pergi jauh.
We have to fight, tapi kita bersatu dalam satu jemaah yang besar, kesan dia baik dan buktinya hasil pilihan raya yang ada,” katanya.
PN ketika ini dianggotai oleh Bersatu, PAS, Parti Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).
Mengulas mengenai persepsi terhadap PN sebagai gabungan yang hanya memperjuangkan kepentingan Melayu, Muhyiddin menegaskan bahawa PN kini mengambil langkah ke arah menjadi gabungan inklusif yang boleh diterima semua kaum.
“Persepsi itu boleh berubah dan diubah kalau kita ambil langkah-langkah berterusan.
"Contohnya, Bersatu sudah tubuhkan sayap baharu untuk bukan Melayu. Ini menunjukkan kita bersedia menerima bukan Melayu sebagai sebahagian daripada parti, walaupun mereka bukan bangsa Melayu,” ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, keterbukaan itu tidak bermakna perjuangan asal parti dikompromi.
“Ini tidak bermakna kita mengorbankan asas perjuangan kita yang terdahulu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pagoh.
Muhyiddin sebelum ini beberapa kali menekankan keperluan PN memperluas sokongan rentas kaum dan wilayah sebagai strategi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Berita berkaitan
December 8, 2025, 5:28 pm
MCA kekal bersama BN
December 1, 2025, 10:55 am
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
November 30, 2025, 12:31 pm
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
November 30, 2025, 10:57 am
PRN Sabah: Lamag hampir bertukar wakil rakyat, Bung menang tipis dengan calon bebas
November 30, 2025, 10:11 am
PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri bersama GRS
November 30, 2025, 8:18 am
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
November 30, 2025, 12:14 am
BN sedia kerjasama dengan parti lain bentuk Kerajaan Negeri Sabah baharu - Ahmad Zahid
November 29, 2025, 10:42 pm
PH cukup kerusi bentuk kerajaan Sabah bersama GRS
November 29, 2025, 8:50 pm
PRN Sabah: DAP tewas di semua lapan kubu kuat
November 25, 2025, 12:54 pm
