Berita Berita
Nelayan dilarang kutip kerang, kupang di perairan Port Dickson
SEREMBAN, 9 Ogos – Nelayan di Port Dickson dinasihatkan agar tidak mengutip, mengambil atau menuai kerang-kerangan termasuk kupang buat sementara waktu susulan bacaan biotoksin di perairan itu melebihi paras dibenarkan.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil ujian sampel air laut yang dijalankan oleh Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL).
"Bagaimanapun pihak kami akan membuat persampelan kedua sebelum keputusan larangan dikeluarkan secara rasmi.
"Pihak kami juga berhubung dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) menasihatkan supaya larangan sementara kepada nelayan untuk mengutip, mengambil dan menuai kerang-kerangan (dwicengkerang) di perairan Port Dickson buat masa ini," katanya.
Kasim memaklumkan, pengambilan sampel kupang dan air laut di sekitar Port Dickson dibuat pada Rabu lalu susulan aduan nelayan mengenai perubahan warna air laut kepada merah, dipercayai berpunca daripada ledakan alga di perairan Pasir Panjang.
Berita berkaitan
May 22, 2026, 8:19 pm
Ibu sedih anak kerap dibuli di sekolah hingga retak tulang tangan, muka lebam
May 22, 2026, 4:43 pm
Ustaz Mad Kecik selamat diijabkabulkan dengan pelajar madrasah
May 22, 2026, 4:43 pm
Lelaki kurung, dera remaja 14 tahun di Bukit Kemuning dipenjara 15 bulan
May 22, 2026, 3:45 pm
PAS sedia timbang penyertaan BERSAMA dalam PN – Abdul Hadi
May 22, 2026, 3:41 pm
Krisis Asia Barat: Perdana Menteri beri jaminan bekalan tenaga negara mencukupi
May 22, 2026, 1:47 pm
