Berita Berita
Wanita warga China tarik tudung, tolak kepala pegawai Imigresen hingga cedera di KLIA
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Seorang wanita warga China ditahan selepas bertindak agresif dan mencederakan pegawai kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1), malam tadi.
Kejadian berlaku sekitar jam 7.40 malam ketika wanita berusia 31 tahun itu bersama seorang lelaki dan dua kanak-kanak melalui pemeriksaan pelepasan imigresen.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan berkata, pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai rekod pergerakan masuk ke negara ini, lalu kes dirujuk kepada penyelia pasukan untuk semakan lanjut.
Bagaimanapun, suspek enggan memberi kerjasama apabila diminta menunggu dan memberi laluan kepada penumpang lain.
“Suspek memaki hamun dengan kata-kata kesat, menarik tudung dan menolak kepala pegawai imigresen wanita dengan kuat ke arah tiang,” kata kenyataan itu.
Pergelutan kecil berlaku dan suspek tetap tidak bertenang walaupun diberi arahan.
Pegawai Penguatkuasa AKPS memanggil Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) untuk mengawal keadaan.
Akibat serangan itu, mangsa mengalami bengkak di mata kiri, sakit kepala di bahagian kanan dan lenguh badan.
Beliau dirujuk ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan dan laporan perubatan.
Laporan polis telah dibuat dan suspek kini ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan mengikut Seksyen 186, Seksyen 332 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang, mencederakan dan menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam.
AKPS menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk kekerasan atau penghinaan terhadap pegawai yang menjalankan tugas, serta menggesa tindakan tegas diambil mengikut undang-undang. - Media Telus
Berita berkaitan
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
