Berita Berita
Lelaki dipenjara dua tahun pukul isteri kerana doa dapat kerja
SEREMBAN 19 Ogos – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memukul isterinya hanya kerana wanita itu mendoakan dia memperoleh pekerjaan.
Tertuduh, Mohd Khairol Mohd Abu, 40, diperintahkan menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 6 Jun lalu selepas pengakuan bersalah direkodkan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja mencederakan isterinya di sebuah rumah di Kampung Katub, Lenggeng, Nilai, pada kira-kira jam 1 tengah hari, 6 Jun lalu.
Susulan itu, Mohd Khairol didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Pertuduhan turut dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga dua kali ganda tempoh maksimum penjara jika sabit kesalahan.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K Kogilawani, memohon hukuman minimum dikenakan dengan alasan tertuduh bekerja kampung serta menanggung lima anak, termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU).
Bagaimanapun, berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga isteri tertuduh dipukul selepas mendoakan suaminya memperoleh pekerjaan. Tertuduh bertindak menumbuk muka, menendang perut dan memukul badan mangsa sehingga menyebabkan lebam pada mata kanan, paha kiri dan betis kanan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi. - Media Telus
Berita berkaitan
April 5, 2026, 11:47 am
Malaysia kecam serangan berterusan ke atas UNIFIL, desak tindakan tegas Majlis Keselamatan PBB
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
