Berita Berita
Lelaki maut tragis, kepala putus dalam nahas di Kulai
KULAI 21 Sept. – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya terputus daripada badan dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Felda Taib Andak berhampiran Taman Permata, di sini malam tadi.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II (KUP) Mohd Firdaus Juritah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 10.36 malam.
“Sebaik menerima panggilan, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan lapan anggota bomba dihantar ke lokasi sejauh enam kilometer.
“Setibanya anggota bomba di lokasi pada jam 10.43 malam, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda City dengan lori lima tan jenis Hino yang diparkir di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pemandu kereta berkenaan cedera tetapi tidak tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan anggota bomba.
“Bagaimanapun, penumpang di tempat duduk hadapan kereta terbabit maut dengan keadaan kepala terputus daripada badan,” jelasnya.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi berjaya dikawal pada jam 11.10 malam dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.20 malam,” katanya.— Media Telus
Berita berkaitan
May 28, 2026, 10:26 pm
LRT tergelincir, Anthony Loke arah hukuman paling maksimum terhadap Prasarana termasuk pecat
May 28, 2026, 6:58 pm
Lelaki maut ditanduk kerbau ketika ibadah korban di Ulu Tiram
May 28, 2026, 4:46 pm
Amaran cuaca: Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri, KL sehingga 6 petang ini
May 28, 2026, 4:31 pm
Pelajar perempuan 13 tahun lebam dipukul 5 rakan kumpulan WhatsApp 'Angel'
May 28, 2026, 4:01 pm
Hanya khabar angin, Rafizi nafi Nurul Izzah akan sertai parti BERSAMA
May 28, 2026, 12:29 pm
