TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tokoh perniagaan Johor, Shahul Hamid meninggal dunia

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 25 Sept – Tokoh perniagaan terkenal Johor, Datuk Shahul Hamid Abdul Kadir disahkan meninggal dunia semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga beliau yang turut memaklumkan butiran lanjut mengenai urusan pengebumian akan diumumkan kemudian.

Allahyarham dikenali sebagai seorang usahawan disegani serta mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuk kerabat diraja Johor.

Pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada dunia perniagaan dan komuniti di negeri Johor.

Seluruh rakyat mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Turut didoakan agar keluarga beliau diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. - Media Telus

 

 

+ - reset