TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

34 sukarelawan Malaysia dalam misi GSF selamat, semangat kental hadapi provokasi Israel

By
|
Kongsi
image

SEPANG 25 Sept. – Semua 34 rakyat Malaysia yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilaporkan selamat dan berada dalam semangat yang tinggi walaupun beberapa kali berdepan gangguan bom bunyi oleh rejim Israel.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, tiada peserta cedera, namun beberapa sukarelawan mengalami demam dan mabuk laut.

“Alhamdulillah, keadaan mereka tidak membimbangkan. Mereka mendapat rawatan segera daripada pasukan perubatan di atas kapal.

“Kami berhubung terus dengan mereka setiap hari jam 3 pagi waktu Malaysia bagi memastikan mereka kekal tabah,” katanya selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) dan mengadakan sidang video bersama sukarelawan berkenaan, hari ini.

Menurutnya, ketabahan ditunjukkan peserta flotila dalam menghadapi ancaman itu membuktikan semangat kemanusiaan sejagat, dan Malaysia akan terus memberikan sokongan penuh sehingga misi tiba di Gaza.

Sani Araby berkata, misi GSF bukan sahaja bertujuan menghentikan perang dan kebuluran, malah menuntut pembukaan laluan kemanusiaan ke Gaza.

Katanya, meskipun MAPIM sudah menjangka provokasi rejim Israel, gangguan berlaku lebih awal daripada yang diduga.

Beliau menjelaskan, misi bersejarah itu disertai wakil daripada 45 negara dan Malaysia merupakan yang pertama mengiktirafnya melalui sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, katanya, SNCC ditubuhkan bagi menyelaras naratif media supaya tidak dimanipulasi dengan propaganda yang menggambarkan kononnya Malaysia menarik diri daripada misi.

“Pemantauan 24 jam amat penting bukan sahaja demi keselamatan peserta, tetapi juga memastikan setiap krisis ditangani segera termasuk usaha membawa mereka pulang jika keadaan memerlukan,” katanya. – Media Telus

+ - reset