Berita Berita
Kapal Fair Lady ditahan tentera Israel, Zainal Rashid sahkan semua selamat
KUALA LUMPUR 2 Okt – Aktivis kemanusiaan dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad mengesahkan kapal dinaiki mereka iaitu Fair Lady ditahan tentera Israel sekitar jam 4 pagi waktu Gaza (9 pagi waktu Malaysia).
Menurut Zainal atau lebih dikenali sebagai ZRA, kapal tersebut merupakan antara yang terakhir tiba di lokasi selepas mengalami kerosakan enjin ketika dalam perjalanan menyertai kumpulan besar flotila Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan lebih awal.
“Kami hanya sampai empat jam kemudian. Ketika dikesan, kami berada kira-kira 20 kilometer dari kapal-kapal lain. Di kawasan 51 batu nautika dari Israel, kapal kami dihalang kapal tentera Israel dan diarahkan berhenti.
“Kami jelaskan bahawa kami adalah konvoi kemanusiaan. Mungkin kerana kapal kecil dan tiada individu yang mereka buru, selepas tiga minit mereka hanya arahkan kami tunggu tanpa bergerak,” katanya dalam hantaran suara yang dikongsi pagi tadi.
Beliau menaiki Fair Lady bersama Muhammad Abdullah atau Ustaz Mad Kechik dari MyCare Terengganu, dua kru kapal (kapten dan pembantu jurumudi), seorang penyelaras dari Afrika Selatan dan seorang aktivis dari Mexico – menjadikan keseluruhan enam orang.
Zainal memaklumkan semua berada dalam keadaan sihat serta masih bersemangat untuk meneruskan misi “break the siege” bagi memecahkan kepungan Israel di Gaza.
Beliau yang berperanan melaporkan perjalanan misi GSF kepada rakyat Malaysia berkata, sekurang-kurangnya 30 video berjaya dihasilkan sepanjang misi dengan jumlah tontonan mencecah 25 juta di TikTok dan Facebook.
“Itu sudah satu kejayaan. Tugas saya sebagai wartawan untuk menghidupkan kembali suara perjuangan Gaza di media sosial sudah terlaksana. Sasaran asal hanya 10 juta capaian, tetapi akhirnya berjaya menembusi 25 juta.
“Inilah yang saya harap semua orang akan terus lakukan kerana isu Palestin boleh sahaja senyap dalam masa enam bulan jika tidak diperjuangkan,” katanya.
Berita berkaitan
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
