Berita Berita
Polis siasat pacuan empat roda berpelekat tulisan Hebrew tular di Melaka
MELAKA 8 Okt – Sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu yang tular memaparkan pelekat bertulisan Hebrew bermaksud “Malaysia di tangan kami” semalam, didapati didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan daripada Pegawai Khas Agama kepada Ketua Menteri Melaka di Balai Polis Merlimau, sekitar jam 3.32 petang semalam.
“Hasil semakan mendapati tulisan pada pelekat itu adalah dalam bahasa Hebrew dan membawa maksud ‘Malaysia adalah rumah kita’ atau ‘Malaysia di tangan kami’. Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan atau kegentaran awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dzulkhairi menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video tersebut dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus bagi memastikan keharmonian masyarakat terpelihara.
Sementara itu, Pegawai Khas Agama kepada Ketua Menteri Melaka, Hairul Amin Madon yang membuat laporan polis semalam berkata, tindakan pemilik kenderaan berkenaan amat tidak sensitif terhadap sentimen umat Islam dan boleh menimbulkan kegusaran awam ketika kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin masih berterusan.
Berita berkaitan
May 6, 2026, 2:07 pm
PTPTN umum dividen Simpan SSPN 4.10 peratus, tertinggi dalam 11 tahun
May 6, 2026, 1:49 pm
KPM perketat keselamatan di sekolah, garis panduan baharu akan dimuktamadkan
May 6, 2026, 1:37 pm
Polis nafi sedia khidmat pengiring konvoi kenderaan mewah
May 6, 2026, 12:39 pm
Malaysia berjaya dapatkan semula RM31.3 bilion dana 1MDB yang diseleweng - Azam Baki
May 6, 2026, 11:55 am
Pemandu Bezza bawa pil Yaba rempuh dua kenderaan ketika cuba lari daripada polis
May 6, 2026, 11:39 am
Lelaki positif dadah dengan 22 rekod lampau ditahan curi kabel KTMB
May 6, 2026, 11:14 am
Farhash nafi tuduhan curi, terlibat pengubahan wang haram berbilion ringgit
May 6, 2026, 10:53 am
Hormati kuasa pengampunan Agong - Muhammad Faiz
May 6, 2026, 10:50 am
NSRC berjaya pulangkan RM9.24 juta kepada mangsa scammer dalam talian
May 6, 2026, 10:21 am
