Berita Berita
Remaja 15 tahun dipercayai dirogol dua senior dalam kelas, dirakam dua pelajar lain di Melaka
ALOR GAJAH 11 Okt – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun trauma selepas dipercayai menjadi mangsa rogol dua pelajar senior di dalam kelasnya sendiri, dalam kejadian yang turut dirakam serta disaksikan dua pelajar lain.
Menurut laporan Kosmo Online, kejadian itu terbongkar petang semalam selepas ibu mangsa menerima maklumat daripada guru sekolah berhubung penyebaran video tidak senonoh membabitkan anak sulungnya sebelum membawa pelajar Tingkatan Tiga itu membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.50 petang pada 2 Oktober lalu ketika mangsa berpatah balik ke kelas di tingkat tiga untuk mengambil bahan projek mata pelajaran Sains yang tertinggal.
“Sebaik tiba di kelas, mangsa ternampak dua pelajar lelaki berusia 17 tahun sedang menghendap dari celah pintu.
“Selepas mengambil barang dan ketika menuruni tangga, salah seorang suspek menggenggam tangan, menutup mulut dan menolak mangsa masuk semula ke dalam kelas,” kata sumber tersebut.
Tambahnya, seorang lagi suspek bertindak berjaga di kawasan tangga manakala dua pelajar lain masuk ke dalam kelas dan menyaksikan kejadian itu.
Mangsa yang dalam keadaan trauma tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa sehinggalah ibunya dimaklumkan oleh guru selepas video berkenaan mula tersebar dalam kalangan pelajar.
Berita berkaitan
June 5, 2026, 8:34 pm
Kes malaria meningkat di Terengganu: KKM laksana saringan bersasar terhadap warga asing
June 5, 2026, 8:27 pm
Sekatan akses MyKhas Ahli Parlimen bersebab, permohonan rakyat tetap diproses
June 5, 2026, 8:22 pm
Lelaki Myanmar dakwa miliki MyKad, JPN buat laporan polis
June 5, 2026, 7:34 pm
Tiada rundingan rasmi UMNO-PAS, Ahmad Zahid sahkan hanya pertemuan wakil parti
June 5, 2026, 7:08 pm
Steven Sim sanjung Tok Ayah Rosli Othman sebagai murabbi masyarakat
June 5, 2026, 6:54 pm
Anwar arah tindakan tegas terhadap warga asing salah guna lesen perniagaan
June 5, 2026, 6:36 pm
Tunku Nadzaruddin dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12
June 5, 2026, 6:13 pm
Anwar lancar jentera PH Johor esok, tanda mula gerak kerja PRN
June 5, 2026, 5:44 pm
