Berita Berita
Siasatan telus akan dijalankan, KSU sebuah kementerian terlibat salah laku direhatkan serta-merta - KSN
KUALA LUMPUR 10 Nov - Seorang pegawai kanan di sebuah kementerian direhatkan serta-merta daripada tugas berikutan dakwaan salah laku yang sedang disiasat.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan secara telus tanpa sebarang gangguan.
“Saya mengambil maklum berkenaan satu kes tuduhan salah laku melibatkan pegawai kanan di sebuah kementerian.
Oleh yang demikian, pegawai akan direhatkan serta-merta sementara siasatan salah laku dimulakan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, jika siasatan mendapati pegawai terbabit bersalah, tindakan tatatertib akan diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Shamsul menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran tatakelola atau salah laku membabitkan pegawai awam.
“Kerajaan sentiasa komited memastikan integriti perkhidmatan awam dipelihara dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan yang menjejaskan imej penjawat awam,” tegasnya.
Terdahulu, tular di media sosial klip video berdurasi 11 saat yang mendakwa seorang ketua setiausaha di kementerian terbabit ditahan pihak berkuasa agama di Kota Kinabalu, Sabah, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan khalwat.
Berita berkaitan
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
