Berita Berita
PDRM perketat operasi sulit banteras kartel dadah antarabangsa
TAWAU 18 NOV - Operasi mematahkan rangkaian kartel dadah antarabangsa dilaksanakan secara tersusun dan sulit bagi memastikan sindiket tidak dapat menghidu pergerakan risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara, Seri Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Beliau berkata, operasi melibatkan jaringan kartel antarabangsa sentiasa berjalan tanpa perlu didedahkan kepada umum bagi mengelakkan strategi risikan terdedah kepada pihak musuh, selari dengan penegasan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
“Penugasan polis sama seperti yang disebut Tan Sri Razarudin. Operasi menggempur kartel dadah antarabangsa sentiasa berjalan tanpa perlu digembar-gemburkan, dan kerjasama PDRM dengan ‘friendly services’ dari negara berkaitan sentiasa berterusan.
“Sebab itu kita berjaya membanteras banyak kes membabitkan dadah sama ada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak,” katanya pada Majlis Perjumpaan Khas Ketua Polis Negara bersama petugas PDRM sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Dewan Sri Tawau, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Cawangan Khas, Datuk Ibrahim Darus dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.
Mohd Khalid berkata, kerjasama erat dengan negara sahabat termasuk Australian Federal Police turut meningkatkan keberkesanan operasi, sekali gus memastikan setiap rangkaian sindiket dapat dikenal pasti, dikesan dan ditumpaskan.
Semalam, Razarudin menjelaskan bahawa kebanyakan operasi membanteras kartel antarabangsa telah lama dijalankan namun dilaksanakan secara sulit bagi mengelakkan sindiket mengubah taktik dan mengelakkan risikan pihak berkuasa.
Berita berkaitan
January 12, 2026, 4:44 pm
Letupan penghawa dingin di universiti: Seorang maut, sembilan cedera
January 12, 2026, 2:28 pm
Muhammad Hafizuddeain mohon bersara awal, proses cari Panglima Angkatan Tentera baharu dimulakan
January 12, 2026, 1:21 pm
KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak tangani isu buli di sekolah - Fadhlina
January 12, 2026, 12:20 pm
Agihan BAP RM150 bernula hari ini, ikut kesiapsiagaan sekolah
January 12, 2026, 11:32 am
KPM minta sedikit masa jalankan kajian menyeluruh kembalikan UPSR, PT3 - Fadhlina
January 12, 2026, 11:02 am
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim didakwa salah guna dana derma RM207,000 untuk Palestin
January 12, 2026, 10:49 am
Anwar ucap selamat kembali ke sekolah, titip pesanan buat murid Tahun 1, ibu bapa
January 12, 2026, 7:57 am
MCMC sekat sementara akses AI Grok di Malaysia
January 11, 2026, 6:36 pm
