Berita Berita
Bergambar dengan 3 juara dunia, TMJ beri bayangan sesuatu yang besar bakal berlaku
JOHOR BAHRU 19 Nov - Spekulasi mengenai perkembangan besar dalam sukan Johor kembali hangat apabila Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail memberi bayangan jelas mengenai perubahan penting yang bakal berlaku.
Menerusi hantaran di media sosial, baginda bertitah bahawa sesuatu yang signifikan akan menjadi titik perubahan, terutama dalam beberapa bulan mendatang.
"Tiga juara dunia. Lelaki sejati. Lelaki dengan prinsip dan nilai. Bermula hari ini, banyak perkara akan berubah, terutama dalam beberapa bulan mendatang.
"Ketika peningkatan bertemu dengan kehebatan. Ini takdir. Alhamdulillah," tulis Tunku Mahkota Ismail.
Baginda turut berkongsi gambar bersama tiga ikon sukan dunia — bekas juara dunia UFC, Khabib Nurmagomedov; bekas pemain ragbi New Zealand yang kini bergiat dalam sukan tinju, Sonny Bill Williams; dan bekas juara MMA Australia, Soa 'The Hulk' Palelei.
Bagaimanapun, baginda tidak memperincikan bentuk perubahan yang dimaksudkan, namun hantaran itu tetap menarik perhatian penyokong sukan Johor dan pengikut baginda di media sosial.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:14 pm
Lelaki maut ditetak kumpulan bersenjata parang di Buntong
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
Fahmi selesai beri keterangan kes saman fitnah terhadap Ustaz Dusuki
April 7, 2026, 1:45 pm
Isu Selat Hormuz: Hubungan akrab Malaysia, Iran kunci penyelesaian rundingan kapal terkandas
April 7, 2026, 12:50 pm
Remaja maut, rakan parah motosikal rempuh belakang lori rosak di Lebuhraya PLUS
April 7, 2026, 12:19 pm
