Berita Berita
Lelaki maut ditetak kumpulan bersenjata parang di Buntong
IPOH 7 April – Seorang lelaki berusia 25 tahun maut dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam satu insiden pergaduhan ngeri yang berlaku di kawasan Buntong, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah memaklumkan bahawa pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 11.10 malam sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi.
"Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki ditemui terbaring di tengah jalan dengan kesan kecederaan parah dipercayai akibat ditetak menggunakan parang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan pembantu di sebuah premis sewa kereta sedang berada bersama rakan-rakannya sebelum didatangi sekumpulan suspek yang bertindak melancarkan serangan nekad.
Beliau menjelaskan bahawa beberapa rakan mangsa turut mengalami kecederaan dalam serangan tersebut dan kini sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun yang bekerja sebagai penjaga premis berkenaan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 326 dan 148 kanun sama kerana mendatangkan kecederaan parah serta merusuh, manakala usaha mengesan suspek lain yang masih bebas kini giat dijalankan," ujar beliau lagi.
Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berdarah ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh atau balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:24 pm
Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan dan dakwa jadi guru Agong
April 7, 2026, 4:20 pm
FAS cadang muka baharu terajui FAM, Shahril Mokhtar sifatkan masa terbaik pulihkan imej
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
