Berita Berita
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
KAJANG 7 April – Seorang penganggur lelaki menangis teresak-esak di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas dijatuhi hukuman denda RM60,000 atau penjara enam bulan atas kesalahan mendera seekor anak kucing secara kejam.
Hakim Khainur Aleeza Ismail menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Toh Teck Hooi, 49, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa mendera seekor anak kucing jantan berwarna hitam dengan mencampaknya ke dinding dan tilam berulang kali di sebuah premis dobi di Taman Kajang Prima pada 2 April lalu.
"Kesalahan dilakukan mengikut Subseksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun," lapor Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Mohd Sharif Sabran.
Berdasarkan fakta kes, perbuatan kejam tersebut tular di media sosial melalui rakaman video berdurasi 59 saat yang dimuat naik sendiri oleh tertuduh dalam akaun aplikasi sosial miliknya.
Pemeriksaan awal oleh Pegawai Kebajikan Haiwan JPV Selangor mendapati anak kucing tersebut mengalami kecederaan pada kaki kanan belakang selain berada dalam keadaan tidak aktif dan kurang bermaya akibat trauma.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu sebelum ini telah ditahan reman selama empat hari bermula Sabtu lalu sebelum dihadapkan ke mahkamah bagi menerima hukuman atas tindakannya.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:24 pm
Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan dan dakwa jadi guru Agong
April 7, 2026, 4:20 pm
FAS cadang muka baharu terajui FAM, Shahril Mokhtar sifatkan masa terbaik pulihkan imej
April 7, 2026, 4:14 pm
Lelaki maut ditetak kumpulan bersenjata parang di Buntong
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
