Berita Berita
'Perlindungan bukan produk jualan tapi tanggungjawab asas' - MCMC digesa henti syarikat telco kenakan caj perkhidmatan lindungi scam
KUALA LUMPUR 19 Nov - Pertubuhan Jalinan Sahabat Nusantara (JASANUSA) menyuarakan kebimbangan terhadap langkah syarikat telekomunikasi (telco) mengenakan caj bagi perkhidmatan perlindungan scam, sambil mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) segera campur tangan.
Presidennya, Samsudin Awang berkata, tindakan mengkomersialkan perlindungan scam seolah-olah sama seperti menghentikan khidmat bomba dan meminta bayaran untuk memadamkan rumah yang sedang terbakar, sedangkan ia merupakan tanggungjawab asas mereka.
Beliau menegaskan, caj tambahan untuk perlindungan asas adalah tidak bertanggungjawab serta dilihat mengambil kesempatan atas kesusahan rakyat.
"Rakyat sudah membayar bil langganan perkhidmatan telekomunikasi setiap bulan. Oleh itu, peranan menyekat panggilan penipuan dan melindungi pengguna daripada scam sepatutnya menjadi tanggungjawab teras dan kewajipan moral setiap syarikat telco dan bukannya produk sampingan yang boleh dijual.
"JASANUSA menggesa MCMC untuk mengeluarkan arahan khas dengan segera untuk melarang sebarang caj tambahan bagi perkhidmatan perlindungan scam asas oleh telco," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan terdapat telco mengenakan caj RM10 sebulan bagi perkhidmatan perlindungan scam, mencetuskan persoalan masyarakat kerana keselamatan pengguna dilihat sebagai tanggungjawab utama penyedia perkhidmatan, bukannya sumber keuntungan baharu.
Tinjauan terhadap laman sesawang syarikat terlibat mendapati promosi perkhidmatan itu seolah-olah memindahkan beban kepada pengguna, meskipun telco mempunyai keupayaan teknikal untuk melaksanakan sistem perlindungan secara berpusat bagi mengekang penipuan dalam talian dan panggilan telefon.
Susulan itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengarahkan MCMC mendapatkan penjelasan daripada telco yang didakwa mengenakan caj tersebut.
Namun, Samsudin menegaskan bahawa rakyat memerlukan tindakan segera dan tegas, bukan sekadar penjelasan.
"MCMC mempunyai kuasa untuk bertindak. Justeru, mereka harus berbuat demikian untuk melindungi rakyat Malaysia.
"Tindakan MCMC menyiasat perkara ini adalah langkah positif, tetapi siasatan sahaja tidak memadai. Malah, sehingga kenyataan ini dikeluarkan, syarikat telco belum memberi sebarang kenyataan rasmi," katanya.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
Fahmi selesai beri keterangan kes saman fitnah terhadap Ustaz Dusuki
April 7, 2026, 1:45 pm
Isu Selat Hormuz: Hubungan akrab Malaysia, Iran kunci penyelesaian rundingan kapal terkandas
April 7, 2026, 12:50 pm
Remaja maut, rakan parah motosikal rempuh belakang lori rosak di Lebuhraya PLUS
April 7, 2026, 12:19 pm
Polis tahan 11 pemandu mabuk di Klang termasuk seorang wanita dalam Op Mabuk
April 7, 2026, 12:06 pm
