Berita Berita
TNB rugi RM4.57 bilion akibat kecurian elektrik lombong kripto
KUALA LUMPUR 19 Nov - Aktiviti perlombongan mata wang kripto secara haram terus memberi kesan besar kepada negara apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) merekodkan kerugian sebanyak RM4.57 bilion sejak 2020 hingga Ogos lalu akibat kecurian elektrik di premis yang menjalankan operasi itu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jumlah kerugian itu dikenal pasti selepas TNB membongkar 13,827 premis yang dikesan mencuri bekalan elektrik bagi aktiviti melombong bitcoin dalam tempoh berkenaan.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjelaskan, bagi mengekang kegiatan tersebut, TNB telah mewujudkan pangkalan data khusus yang menyimpan rekod lengkap pemilik dan penyewa premis disyaki untuk tujuan pemantauan serta tindakan pemeriksaan.
"Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama TNB sentiasa komited dalam membanteras aktiviti pengusikan meter dan penggunaan bekalan elektrik secara haram, terutama dalam perlombongan bitcoin atau mata wang kripto.
"Aktiviti ini bukan saja mengancam keselamatan pengguna tetapi juga menjejaskan kestabilan ekonomi negara, meningkatkan risiko keselamatan awam, merosakkan harta benda dan mencetuskan ancaman serius kepada sistem bekalan tenaga negara," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam.
Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai jumlah premis yang dibongkar TNB kerana menggunakan elektrik secara haram untuk perlombongan kripto serta anggaran kerugian dan tindakan pencegahan.
Menurut Fadillah, TNB bersama agensi berkuasa melaksanakan pelbagai langkah strategik, termasuk operasi bersepadu dengan PETRA, ST, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), CyberSecurity Malaysia (CSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Hasil kerjasama itu, TNB berjaya merampas mesin perlombongan bitcoin di premis terlibat sekali gus mengekang kegiatan berkenaan secara lebih berkesan.
"Selain itu, kempen kesedaran awam turut dianjurkan melalui siaran akhbar, slot televisyen dan pelbagai medium komunikasi serta sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk Ahli Parlimen, kementerian, ST dan pegawai kehakiman bagi memperkukuh sokongan dalam usaha membanteras aktiviti haram ini.
"Pada masa sama, TNB turut melaksanakan pemantauan teknikal melalui Projek Perintis Distribution Transformer Meter (DTM) di pencawang pembahagian untuk mengesan corak penggunaan tenaga luar biasa dan potensi kecurian elektrik.
"Meter pintar juga dipasang bagi membolehkan penggunaan tenaga dipantau secara masa nyata serta mengesan sebarang gangguan atau manipulasi meter dengan lebih cekap," katanya.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:14 pm
Lelaki maut ditetak kumpulan bersenjata parang di Buntong
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
Fahmi selesai beri keterangan kes saman fitnah terhadap Ustaz Dusuki
April 7, 2026, 1:45 pm
Isu Selat Hormuz: Hubungan akrab Malaysia, Iran kunci penyelesaian rundingan kapal terkandas
April 7, 2026, 12:50 pm
Remaja maut, rakan parah motosikal rempuh belakang lori rosak di Lebuhraya PLUS
April 7, 2026, 12:19 pm
